Exam oh exam~

Kerap kali kita mendengar luahan seseorang pelajar seperti ini apabila tibanya musim peperiksaan.

” Arghh, ape pon tak study lagi nih, mampos aku!!”, “tensionnye exam dah dekat” dan sebagainya.

Namun setelah menyedari peperiksaan semakin hampir, waktu tidur sanggup dipendekkan, struggle pagi petang siang malam. Menghafal segala formula yang ada(walaupun tidak faham sepenuhnya), study semua kakomon(past year punyer soalan) , kadang-kadang terlupa nak makan minum , yg lebih teruk tu solat pun boleh lupa. Inilah realiti sebenar yang berlaku sekarang ini walaupun bukan semua student begitu, tapi kebanyakannya suka study last minit. Sesetengah orang cakap, kalau study awal2 , tyme2 exam nanti apa yang kita belajar awal2 tu kita akan lupa balik. Memang tidak dinafikan perkara ini, itupun kalau kita study dengan sekadar menghafal tanpa memahami apa yang kita pelajari, perkara ini mungkin terjadi. Sebaliknya jika kita memahami terlebih dahulu apa yang kita pelajari itu, apabila hampirnya waktu exam kita just revise balik what we have learnt. No need to study sehinggakan lupa akan tanggungjawab kita yang lain.

Perkara ni sama juga dengan diri kita sebagai seorang hamba Allah. Kat dunia ni kita sebenarnya sedang membuat persiapan menghadapi exam di akhirat kelak. Adakah kita sudah cukup bersedia untuk menhadapinya.? Kalau exam di dunia kita kita tahu bila tarikh exam dan kita boleh membuat persiapan yang secukupnya sebelum tarikh exam. Tapi kalau exam Allah, kita tak tahu bila akan berlaku. Dan kita juga tak tahu berapa lamakah tempoh persiapan yang mampu kita buat kerana tarikh mati kita hanya Allah yang tahu. Kalau exam di dunia kita sanggup minum nescafe banyak2 untuk stay up sampai subuh hanya sekadar untuk mendapat result yang valid di dunia sahaja, kenapa tidak kita stay up mencari bekalan untuk menghadapi exam di akhirat kelak..?
Sama-samalah kita berusaha dengan lebih gigih untuk mendapat keputusan yang cemerlang tidak kiralah exam di dunia mahupun di akhirat kelak..InsyaAllah. Moga Allah merahmati perjuangan kita.

~”Tarbiyah bukanlah segala-galanya , tapi segala-galanya bermula dari tarbiyah”~

Advertisements

ust. fitri bekas sami hindu mencari tuhan – 1

Ustaz Muhammad Fitri Abdullah telah dilahirkan dalam keluarga india yang beragama Hindu. Keluarganya sangat berpegang teguh dengan ajaran Hindu sehinggakan beliau sendiri telah menjadi orang kuat di kuil. Beliau juga bertanggungjawab dalam mengajarkan ajaran Hindu kepada penganut agama itu dan meyebarkan ajaran itu kepada penganut agama-agama lain supaya memeluk agama itu. Suatu hari dengan takdir Allah, beliau terdengar satu kata-kata yang membuatkannya sangat marah oleh seorang penceramah dalam rancangan Forum Perdana Ehwal Islam. Penceramah tersebut, AlFadhil Ustaz Dato’ Dr Harun Din mengatakan sesiapa yang berbuat baik dengan orang lain, suka menolong orang susah, sukakan kebaikan , tapi kalau dia tidak memeluk Islam maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka. Belia terus menutup tv dan sangat marah kepada ustaz tersebut.. Namun hari berganti hari, minggu berganti minggu beliau sering teringat akan kata-kata Dr Harun Din tersebut. Selepas itu beliau mencari dan terus mencari akan agama yang sebenar sehinggalah beliau bertemu islam dan beliau diislamkan sendiri oleh Tok Guru Dr Harun Din. Ikuti kisah ustaz ini dengan lebih terperinci dengan menonton kesemua video ceramah ini di youtube.. Moga kita terus terpelihara di bawah rahmat Allah S.W.T..

Malu Bertanya Sesat Jalan

Anda suka bertanya? Kalau anda tak tahu sesuatu anda akan bertanya atau anda lebih suka diam saja? Kalau di Jepun ini, kalau saya buntu mencari tempat yang saya nak pergi, saya akan berhenti berfikir dan terus bertanya kepada orang Jepun yang dilihat berkelapangan. Bercerita tentang bertanya ini, saya teringat kepada satu cerita yang sering diceritakan kepada saya dan rakan-rakan seusai solat Maghrib di musalla sekolah. Ada satu kisah dua orang lelaki berlainan agama sedang berdebat. Lelaki Islam : Al-Quran ini lengkap, semua ada dalam al-Quran. Lelaki bukan Islam : Semua ada? Lelaki Islam : Ya, semua ada. ( dia menjawab dengan yakin) Lelaki bukan Islam : maknanya cara nak buat roti canai pun ada la? cuba tunjuk sikit ayat mana yang tunjuk cara nak buat roti canai? ( lelaki ini mencabar lelaki Islam tersebut) Lantas lelaki Islam itu membuka satu ayat di dalam surah An-Nahl ; ” Dan Kami tidak mengutus sebelum engkau (Muhammad), melainkan orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” [ An-Nahl 16:43] Lelaki Islam : Tadi awak nak tahu pasal cara buat roti canai kan? nanti boleh la tanya kepada orang yang tahu.( sambil tersenyum) Lelaki bukan Islam:…….. Pepatah pernah berkata; ” Malu bertanya sesat jalan “ Anda percaya dengan pepatah ini? Saya pernah mengalami kesukaran selepas saya malu nak bertanya pada orang lain. Sebenarnya sikap malas atau malu nak bertanya ini akan merugikan diri kita sendiri. Kalau kita tidak tahu bagaimana nak menjawab soalan Matematik Tambahan dan malas bertanya pada guru, mungkin kita akan mengalami kesukaran apabila soalan yang sama keluar dalam peperiksaan penting. Namun, yang lebih merugikan apabila kita malu bertanya tentang Islam. Lahir kita dalam keadaan Islam memberi sedikit kelebihan kepada kita dari segi cara hidup. Membesar dalam keadaan melihat orang sekeliling kita solat, berpuasa membuatkan kita menjadi orang yang menerima Islam itu sahaja bukan orang yang menerima sambil mencari Islam itu sendiri. Sebenarnya masih banyak lagi yang belum kita ketahui tentang Islam ini. Tidak cukup dengan solat, puasa, bayar zakat semata. Perihal solat jamak, perihal pembahagian harta, semua ini sudah digariskan dalam Islam. Jadi untuk menjalani kehidupan yang baik, dimana semuanya mengikut garis panduan Islam, kita kena menjadi orang yang bersemangat menuntut ilmu. Kadang kala sikap malau dan malas bertanya tentang perihal Islam ini menjadikan kita orang yang ambil mudah dengan semua perkara dan menjadikan kita orang yang mencipta hujah sendiri untuk menyokong tindakan kita yang tidak selari dengan al-Quran. Jadilah orang yang bijak. Orang yang apabila tidak tahu dia bertanya, apabila tahu dia mengajarkannya kepada orang lain. Jadilah orang yang suka kepada ilmu, walaupun kadang kala kita rasa kita sudah tahu banyak perkara, apa salahnya jika kita dapat tahu tentang perkara yang sama. Mungkin cara kita dapat itu berbeza dan mungkin terdapat ibrah yang berbeza yang dapat kita fikirkan. Setidak-tidaknya ia membuat kita refresh balik iman dan pengetahuan kita tentang Islam.

from azzariyat.com

Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu indah

Satu ungkapan yang sering kita dengar.

Satu perkataan yang acapkali diungkapkan pada saat kita terasa lemah untuk terus berjuang di jalan Allah.

Bukan mudah untuk seorang daie tetap teguh berdiri di jalan Allah.

Bukan senang untuk istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi ini.

Terlalu banyak ujian yang perlu ditempuhi. Pahitnya sebuah mujahadah hanya orang yang melaluinya sahaja merasai.

Untuk meraih keindahan syurga, seseorang itu perlu berkorban. Dalam pengorbanan, seseorang perlu mujahadah. Kerana mujahadah itulah yang terbaik untuk kita.

 

“Dan barangsiapa berjihad , maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sungguh , Allah Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu)dari seluruh alam.” [Surah Al-‘Ankabut:6]

Sesungguhnya jihad itu untuk diri kita sendiri. Allah telah sediakan syurga yang cukup indah sehingga tidak akan pernah terlintas di benak fikiran kita. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan!

Tajuk kali bukanlah untuk menceritakan mengenai kepahitan sebuah mujahadah dan keindahan syurga, tapi ana tertarik sekali untuk berkongsi input yang ana dapat dari kuliah maghrib baru-baru ini. Bagaimana untuk mujahadah?

Rukun mujahadah
Sebagaimana solat dan puasa, mujahadah juga ada rukun-rukunnya. Dalam mujahadah ada empat rukun yang perlu kita amati dan insyaallah amalkan demi memperoleh kejayaan melawan nafsu dan syaitan.

1. Ber’uzlah

Yang bermaksud menyendiri. Walaubagaimanapun menyendiri di sini bukanlah bermaksud menjauhkan diri daripada masyarakat sepertimana yang dilarang di dalam Islam. ‘Uzlah di sini bertujuan bersendirian dan memuhasabah diri untuk membersihkan jiwa dan hati dari segala noda-noda hitam yang bertapak dalam hati.

2.Diam

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bertemu Abu Zar r.a. Baginda S.A.W telah bersabda: “Abu Zar! Mahukah aku khabarkan kepadamu dua perkara yang mana mengamalkannya adalah terlalu mudah dan sangat berat pada neraca timbangan berbanding amalan lain?”
Abu Zar r.a telah berkata: “Ya Rasulullah S.A.W khabarkanlah.”
Baginda S.A.W bersabda: “Biasakanlah diri untuk berakhlak mulia dan berdiam diri. Demi zat jiwa Muhammad S.A.W ditangannya! Tidak ada amalan yang dilakukan oleh semua makhluk yang sebaik kedua-dua amalan ini.”[Hadis riwayat Baihaqi]

3.Menahan Lapar

Sabda Rasulullah S.A.W: “Ke atas kamu semua(digalakkan) dengan kesedihan sesungguhnya dengan kesedihan itu membuka (menyedarkan) hati. Maka mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah sedih itu? Bersabda nabi S.A.W: “Tundukkan jiwa kamu semua dengan berlapar dan dahaga.”[Hadis riwayat At-Tabrani]

4.Berjaga malam

“Sesungguhnya bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan.”[Surah Al-Muzzammil:6]

Benar, bukan mudah untuk mujahadah. Bukan mudah untuk berperang dengan bisikan nafsu syaitan. Pelbagai ujian perlu ditempuh. Namun begitu, susah tidak bermakna kita tidak mampu. Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya dengan sesuatu yang tak sanggup kita hadapi. Allah lebih mengetahui tentang diri kita. Allah selalu beri yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Usah ragu, jangan berlengah lagi dan berhenti beralasan kerana syurga menanti kita di sana. Selamat berjuang!   (Azzariyat.com)

Satu Kesilapan

Situasi 1:

A: Eh, wanita wajib ke pakai stokin.

B: Aku tak pasti pasal hukum hakam ni, tapi setahu aku wanita hanya boleh dedahkan muka dan tapak tangan je.

A: Tapi hari tu aku pergi pasar, aku jumpa makcik pakai jubah, tudung labuh, dia tak pakai stokin pon, tak tutup pon kaki dia.

B: …………

Situasi 2:

A: Eh, wajib ke tutup aurat dengan abang ipar?

B: Aah. Wajib tutup aurat dengan abang ipar, sebab kita bukan mahram dia.

A: Tapi ada kawan aku tu, budak baik. Memang jaga lah aurat dia, dia cakap depan abang ipar dia tak paka tudung pun.

B: ………………………

Situasi 3 :

A: Eh, keluar berdua-duaan dengan makwe tak baik kan?

B : Aah. Kita dilarang berdua-duaan dengan wanita yang bukan mahram kita.

A: Tapi kenapa ketua Badar ( Badan Dakwah dan Rohani) sekolah aku dulu selamba je dating ngan makwe dia.

B: …………………….

 

Satu kesilapan umat islam zaman sekarang adalah melihat islam itu pada diri seseorang. Seseorang yang dicop budak dakwah dan budak baik akan dijadikan sebagai hujah untuk menyokong hujah yang dicipta sendiri. Ya, ia berlaku kerana adanya umat islam yang tidak mengamalkan islam sepenuhnya, mengambil perkara yang dirasakan mudah dilakukan sahaja. Telah berfirman Allah s.w.t dalam al-quran;

” Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.” [ Al-Baqarah 2 : 208]

Allah s.w.t telah mengingatkan kita untuk masuk ke dalam Islam secara keseluruhan. Tidak ada firman yang memerintahkan umat islam untuk memilih melakukan perintah mana yang dirasakan sesuai.

Bagi yang merasakan berat untuk menutup aurat sepenuhnya, bagi yang rasa berat untuk melaksanakan perintah Allah sebaiknya, usah menciptakan hujah sendiri, jangan budak dakwah dijadikan bahan untuk membuktikan hujah anda betul.

Kerana manusia itu tidak semua sempurna, jangan meletakkan kepercayaan anda pada islam melalui seseorang manusia sahaja.

Kerana Islam itu agama yang sangat suci, yakinilah bahawa setiap yang ada pada islam itu punya hikmah untuk memberi kebaikan kepada kita dan seluruh umat Islam.

(dipetik dari azzariyat.com)

Saat Nabi Muhammad SAW. Hampir Wafat

Terdapat  sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan  Allah melalui kehidupan RasulNya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai  menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Ketika itulah,  Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:
“Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan  cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua  perkara pada kalian, al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai  sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku,  akan masuk syurga bersama-samaku.”
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata  Rasulullah saw. yang tenang dan penuh minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu.  Abu Bakar menatap baginda dengan mata yang berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun  menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali  menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya  sudah tiba.
“Rasulullah saw. akan meninggalkan kita semua,”keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia  tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda  itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap  Rasulullah saw. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.  Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan  menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih  tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan  keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas  tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru  mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tetapi Fatimah tidak  mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah  yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah  membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”  “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,”  tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan  yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu  hendak dikenang.
“Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan  kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah  malaikat maut,” kata Rasulullah saw..
Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut  datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut  sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah  bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu  dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu  langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga  terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata  tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan  khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman  kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad  telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan  tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah  bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh.  Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan  Jibril memalingkan muka.
“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.
Sebentar  kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak  tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua  siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.
Badan Rasulullah mulai  dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar  seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.  “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan  peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat  saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali  kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
“Ummatii, ummatii, ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku”
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?
Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Semoga kita hargai segala pengorban Rasulullah SAW…

(dipetik daripada iluvislam.com)

Hari Kekasih??

Sambutlah Valentine Sempena Kejatuhan Islam di Sepanyol
 

 

Hari Valentine semakin menghampiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata.

Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati…

Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan “supercalis” bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis “From your Valentine”.

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Semoga anda semua mengambil iktibar!!! Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol…


*Artikel ini ditulis oleh Al-Marhum Ustaz Rosdi Yusof dan diolah sedikit oleh Hasanah Abd. Khafidz. Artikel ini telah diterbitkan semula dalam http://www.drhasanah.com

dipetik daripada http://www.iluvislam.com