Archive for November, 2010

Muslim girl’s guide for dealing with boys

Muslim girl’s guide for dealing with boys

Life is full of crazy obstacles, but the one that will probably bug you the most and always be getting in the way is the opposite gender. Here, from one sister to another, is a Muslim girl’s guide for how to deal with guys.

No Touching:
Muslims are forbidden to touch any non-Mahram person of the opposite gender (Mahram is your dad, brother, father-in-law, husband, grandfather, and your parents’ siblings). That means no patting on the back, no handshaking, no pushing, no shoving, no holding hands, and obviously no kissing and all that.

No Flirting:
Not even with Muslims. Flirting means that you’re saying or doing things on purpose that make the other person attracted to you. There’s no set criterion for what flirting is, but every girl knows what it is and how to do it.

Muslim women are supposed to be better than the kind of women who share their beauty with all men around her and who think they are worthy only if half the men they know are in love with them. A wise man once said, “Don’t start the mower unless you intend to cut the grass.” If you don’t want a guy’s advances, then don’t do anything to earn them. You really only want to marry one, good guy and spend the rest of your life with him. Chances are he won’t be the same dork you fluttered your eyelashes at in high school.

No Boyfriends:
As a Muslim, you know that having a boyfriend is Haraam because it leads to Zina – illegal sexual relationship. Allah expressly forbids romantic or sexual relationships outside of marriage. When people go against that rule, the society degenerates, people use and abuse each other, diseases spread and the sacredness of marriage as an institution is destroyed. It’s not right to date to get to know each other (that includes talking on the phone). In Islam, non-Mahram men and women aren’t allowed to be alone together.

No Boy-Friends:
The easiest way to ensure that you don’t end up falling in love with some guy before you’re ready to get married is to avoid making friends with boys. Of course, if you’re studying in a mixed school, you will have to interact with boys, but that doesn’t mean you should be best buds with them. Most relationships begin with friendships. Chances are you’re not ready for marriage and your parents won’t let you get married. Moreover, you’re still in school and your crush is not the sort of fellow you want to spend the rest of your life with, so just avoid being friends with him in the first place. It really is the best formula for saving yourself from needless temptation.

When you have to talk to boys in school, it’s best to maintain a distance. That means that you don’t confide in them and you don’t unnecessarily engage in needless conversations. Don’t joke around and never flirt. Yeah it may be a little hard, but we’re talking about your hereafter here. There are plenty of great girls all around who can be your friends and if you really think only a man will understand your problem, then talk to your brother, your father, or an uncle.

Be Disaffected:
That means that nothing a boy says will hit your nerves, make you blush, or get a reaction out of you. It also means that you are uninterested in what they do as well. Imagine yourself being in an airplane looking down at the scenery below. You’re not much interested in what’s going down there, because though it looks really nice, you’ll have to jump off the plane to really check it out. Likewise, the guy may look really nice, but to get him, you have to jump off the plane, i.e., commit spiritual suicide. Though the fall may be fun, you will eventually hit the ground and go “splat” on the Day of Judgment, or even sooner may be. It’s not worth the sin.

Remember that Allah is watching you always! Isn’t it being ungrateful to Allah’s favors? How dumb is it to take the eyes that Allah gave you and do things with them that He told you not to (like ogle at boys)? How much stupider is it that He can see you doing this, and you know it!

– Ambreen Juvale
“Permission is granted to circulate among private individuals and groups, to post on Internet sites and to publish in full text and subject title in not-for-profit publications”

 

sumber: http://abdrahmanibrahim.blogspot.com..pak su’s blog

Advertisements

Pengorbanan kerana Allah

Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. Dia mendengar suara daripada Allah s.w.t. yang memerintahkannya agar dia menyembelih anaknya, Ismail. Nabi Ibrahim a.s. bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu. Nabi Ibrahim a.s. meminta keampunan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. Dia kembali tidur. Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Dia bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama.

Nabi Ibrahim a.s. mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani. Amat berat bagi Ibrahim a.s. untuk memberitahu isi wahyu itu kepada Ismail. Ismail pada saat itu menginjak dewasa dan boleh mencari nafkahnya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. sangat senang kerana Ismail sudah besar. Nabi Ibrahim a.s. memberitahu perintah Allah s.w.t. tersebut kepada Ismail.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, ‘Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!’ Dia menjawab, ‘Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'”
(Ash-Saffat: 102)

Ketika Nabi Ibrahim a.s. hendak pergi melaksanakan penyembelihan puteranya itu, beliau berkata kepada Siti Hajar, ibu Ismail a.s.: “Tolong kamu pakaikan anak kamu Ismail pakaian yang paling baik dan cantik kerana aku akan pergi berziarah dengannya.”

Siti Hajar memakaikan pakaian yang paling cantik kepada Ismail, memberinya minyak rambut, lalu menyisir rambutnya. Kemudian, Nabi Ibrahim a.s. pergi bersama Ismail dekat dengan kota Mina. Dia juga membawa tali dan pisau yang tajam. Waktu itulah, iblis terkutuk datang menggoda Nabi Ibrahim a.s. Mereka tidak pernah sesibuk seperti hari itu. Menyaksikan perkara itu, Ismail ketakutan dan berlari ke hadapan ayahnya.

Iblis lalu berkata: “Apakah kamu tidak memerhatikan badannya yang gagah, parasnya yang tampan dan perilakunya yang santun?”

Nabi Ibrahim a.s. menjawab: “Ya, tetapi aku telah diperintah oleh Tuhanku untuk menyembelihnya.”

Apabila iblis terkutuk itu putus asa kerana tidak dapat menggoda Nabi Ibrahim a.s., dia pun pergi menemui Siti Hajar dan berkata: “Bagaimana boleh kamu hanya duduk-duduk sahaja, sedangkan Ibrahim pergi dengan anak kamu dan hendak menyembelih anak kamu?”

Siti Hajar menjawab: “Jangan berdusta! Aku tahu seorang ayah tidak akan sanggup menyembelih anaknya sendiri!”

Iblis berkata: “Suami kamu membawa pergi anak kamu sambil membawa tali dan pisau. Dia mengira Tuhannya telah menyuruhnya untuk itu.”

Siti Hajar mengelak: “Nabi tidak diperintahkan untuk mengerjakan sesuatu yang sia-sia. Tapi, jika memang Allah s.w.t. telah memerintahkan perkara itu, aku sendiri bersedia untuk menurut perintah itu dengan jiwaku. Bukan hanya jiwa, malah anakku rela kukorbankan demi Allah s.w.t.!”

Apabila iblis terkutuk berputus asa kerana tidak boleh memujuk Siti Hajar, maka dia pergi menemui Ismail seraya berkata: “Hai Ismail, kamu nampak bersenang-senang, sedangkan saat ini ayah kamu membawa tali dan pisau untuk menyembelih kamu.”

“Jangan berdusta, hai iblis. Mengapa ayahku hendak menyembelihku?” tanya Ismail.

“Dia mengira bahawa Tuhannya telah menyuruhnya demikian.”

“Aku memerhatikan dan mentaati perintah Tuhanku!” tegas Ismail

Ketika iblis yang terkutuk itu melontarkan kata-kata yang lain, terlebih dahulu Ismail a.s. mengambil batu dan tanah lalu melemparkannya kepada iblis sehingga menyebabkan mata iblis yang kiri pecah dan menjadi buta. Setelah itu, barulah iblis pergi. Peristiwa inilah yang melatarbelakangi perintah Allah s.w.t.yang mewajibkan umat Islam untuk melemparkan batu di tempat itu untuk mengusir syaitan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ismail.

Apabila Nabi Ibrahim a.s. sampai di Mina, beliau berkata kepada Nabi Ismail: “Anakku, aku mendengar dalam mimpiku bahawa Allah s.w.t. telah memerintahkanku untuk menyembelih kamu. Bagaimana pendapat kamu?”

Maksud daripada pertanyaan Nabi Ibrahim a.s. adalah dia meminta pendapat Nabi Ismail tentang perintah dalam mimpinya itu. Adakah Ismail akan tabah dan sabar menerima perintah Allah s.w.t. itu, atau Ismail akan menolaknya dan meminta ampun kepada Allah s.w.t. sebelum perintah itu dilaksanakan. Sekaligus sebagai ujian adakah Ismail akan menjawab dengan penuh perhatian dan taat kepada perintah Allah s.w.t. atau tidak.

Lalu Ismail menjawab: “Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang Allah s.w.t. perintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t., ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.”

Apabila Nabi Ibrahim a.s. mendengar jawapan dari puteranya itu, beliau tahu bahawa doanya telah dikabulkan oleh Allah s.w.t. iaitu: “Rabbi hablii minash solihiin. (Ya Tuhanku, berikanlah aku anak yang soleh).” Lalu, Nabi Ibrahim a.s. pun mengucapkan pujian dan syukur serta berterima kasih kepada Allah s.w.t.

Kemudian Ismail berkata: “Wahai ayah, aku sampaikan beberapa pesanan kepada ayah! Hendaklah ayah mengikat tanganku agar aku tidak dapat bergerak-gerak kerana mungkin aku akan menyakiti ayah. Hadapkan wajahku ke tanah agar ayah tidak dapat melihat wajahku dan berasa kasihan kepadaku. Hendaklah ayah melipat kain ayah agar tidak dilumuri darah meskipun sedikit sehingga mengurangkan pahalaku dan diketahui oleh ibu hingga dia menjadi sedih. Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah dan mempercepatkan sembelihannya di atas leherku agar aku tidak merasa terlalu sakit kerana sesungguhnya mati itu sakit sekali.

Hendaklah ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai kenang-kenangan dariku, serta sampaikan salam hormatku kepadanya dan katakan; Bersabarlah engkau menerima perintah Allah s.w.t. dan jangan beritahu kepadanya bahawa ayah telah menyembelih aku dengan mengikat tanganku. Jangan pula ayah memasukkan anak-anak ke rumah ibu, agar kesedihannya tidak terlalu lama. Begitu juga ayah, janganlah kamu melihat anak seusiaku kerana nanti ayah akan menyesal dan bersedih terhadapku.”

Mendengar permintaan anaknya, Nabi Ibrahim a.s. berkata: “Sebaik-baik penolong adalah kamu, wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t.”

Kemudian kedua-duanya bersiap untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. Nabi Ibrahim a.s. sendiri yang akan membaringkan Nabi Ismail seperti membaringkan kambiing yang akan disembelih. Ada juga yang mengisahkan Nabi Ibrahim a.s. menelungkupkan wajah Ismail dengan syarat agar tidak melihat sesuatu yang akan menimbulkan kasih sayangnya sehingga dapat menghalangnya daripada melaksanakan perintah Allah s.w.t. Kejadian itu terjadi di suatu sisi seketul batu besar yang terletak di Mina.

Ada yang mengisahkan kejadian itu berlaku di suatu tempat di Mina. Ketika Nabi Ibrahim a.s. meletakkan pisaunya pada leher Ismail a.s., beliau pun berusaha memotong dengan kuat sekali, tetapi sekuat manapun dia mencuba, dia tidak mampu untuk memutuskan leher anaknya itu.

Sesungguhnya ketika kejadian itu berlaku, Allah s.w.t. telah membuka tutup mata para malaikat yang ada di langit dan di laut. Ketika melihat Nabi Ibrahim a.s. telah menyembelih puteranya Ismail, mereka tersungkur bersujud kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman: “Perhatikan oleh kamu sekalian tentang hamba-Ku ini, bagaimana dia meletakkan pisau di atas leher puteranya untuk mengharapkan keredhaan-Ku, sedangkan kamu dahulu telah menyatakan sesuatu ketika Aku berfirman: “Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah.” Kamu berkata: “Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi dan akan menumpahkan darah, sedangkan kami semua maha sucikan Engkau?”

Kemudian Ismail berkata lagi: ” Wahai ayahku, lepaskanlah ikatan tali di tangan dan kakiku agar Allah s.w.t. tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa mentaati perintah-Nya. Kemudian letakkan pisau itu di leherku agar malaikat-malaikat tahu bahawa putera Ibrahim a.s. telah mentaati perintah Allah s.w.t. dengan ikhtiar (pilihan sendiri dan secara sukarela).”

Lalu, Nabi Ibrahim pun menelentangkan kedua-dua tangan Ismail dan kedua kakinya yang tanpa ikatan serta memalingkan wajahnya ke tanah lalu menekankan pisau dengan sekuat tenaganya. Namun dengan izin Allah s.w.t., ternyata pisau itu tidak boleh memotong leher Ismail.

Melihat kejadian itu, Ismail berkata: “Wahai ayahku, kekuatan kamu menjadi lemah kerana kamu masih menyimpan cinta kamu untukku. Oleh kerana itulah, kamu tidak boleh menyembelih aku.”

Lalu Nabi Ibrahim a.s. memukulkan pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.

Kemudian Ibrahim a.s. berkata: “Hai pisau, engkau mampu membelah batu itu, tetapi mengapa engkau tidak mampu memotong leher anakku?”

Dengan izin Allah s.w.t., pisau itu dapat berbicara dan menjawab: “Wahai Nabi Allah Ibrahim, kamu memang mengatakan “Potonglah!” kepadaku, sedangkan Tuhan penyeru alam sekalian juga berfirman: “Jangan kamu potong!” Maka bagaimana mungkin aku mentaati kamu, sedangkan aku harus menderhakai Tuhanku dan Tuhan kamu?”

Kemudian Allah s.w.t. berfirman: “Dan kami menyeru: “Hai Ibrahim, sungguh kamu telah membenarkan mimpi kamu. Daripada semua yang kamu lakukan, Aku boleh melihat bahawa kamu bersungguh-sungguh telah memilih keredhaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anak kamu. Oleh sebab itulah, kamu termasuk golongan orang-orang yang taat kepada perintah-Ku. Sesungguhnya ujian ini merupakan ujian yang nyata. Penyembelihan itu adalah ujian yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas dan yang tidak ikhlas dan merupakan ujian yang sangat sukar kerana tidak ada yang sesukar ujian ini.”

“Maka, Kami selamatkan orang yang diperintahkan menyembelih dengan sembelihan yang besar daripada syurga, iaitu kambing kibas yang dahulu telah dikorbankan oleh Habil yang telah diterima darinya. Korban (kambing) itu tetap berada di syurga sehingga Ismail ditebus (ditukar) dengan kambing itu. Oleh sebab itulah, Kami perintahkan kepada Jibril untuk membawa kambing kibas itu ketika terakhir kali engkau meletakkan pisau kamu kepada leher Ismail.”

Malaikat Jibril lalu berseru untuk mengagungkan Allah s.w.t. dan merasa takjub (kagum) menyaksikan perbuatan Nabi Ibrahim a.s. sambil berucap: “Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.”

Lalu Nabi Ibrahim a.s. membalas ucapan Jibril dengan ucapan: “La ilaaha illallaahu Allahu Akbar.”

Begitu juga Ismail, dia menyambutnya dengan ucapan: “Allahu akbar wa lillahil hamdu.”

Kemudian Allah s.w.t. memuliakan ucapan itu lalu mewajibkan umat Islam untuk mengucapkannya pada hari raya Aidil Adha untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya, Nabi Ismail yang sentiasa redha dan taat dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
(Dipetik dari iluvislam.com)

Berserah Saja Pada Ilahi

Dua sahabat berada di dalam bilik sambil melepak2>

Man: Pehal ngan ko ni.. trmenung je sejak dari tadi.. tak baik mengelamun malam2 buta ni.

Sam: Ish.., takde la sgt. Aku rasa letih  sikit je ha.

Man: Apa pulak letih. dari tadi kerja pun tak bersiap.. terbaring atas sofa tuh mcm ada masalah jer.

Sam: la.. kalau aku ada masalah pun ko nk dengar ke? bukan ko tak suka ke citer pasal benda2 serius.

Man: So.. betul la ni ada problem. takdela sampai camtu sekali. Aku pun skang tgh tak der kerja sgt nih.. boleh la ko citer la apa2.

Sam: Adui tercakap pulak, takdela aku pun sebenarnya malas nak panjang2kn benda nih. tp aku terkilan..

Man: Terkilan? sebab pe?

Sam: Tersepit antara kepastian dan realiti.. bukan aku tension dgn benda ni sgt.. cuma kadang2 tak dpt nak elak trpikir.

Man: Uih.. lain benar bunyik.. cerita jer la InsyaAllah aku tolong kau.

Sam: Kalau kau buat istikarah tentang seseorang perempuan yang ko minat dan dpt petunjuk.. apa kau nk buat?

Man: oo.. perempuan, takyah pikir la. kita muda lagi.. jauh lagi perjalanan. Belajar pun tak kemana lagi. Jgn sampai gila bayang pulak.

Sam: Aku tau tu, Cuma mimpi aku ni memang jelas sgt la.. lagipun, memang aku time tu tgh resah ntah apa2. tambah2 lagi aku pun rasa tak ceria hidup masa tu. Ingat lagi malam tu sampai basah jugak pipi aku istikarah .

Man: Apa yg jelasnya? ish.. menarik jugak nmpak cter kau nih..

Sam: Yela. Bukan aku nak cakap confirm perempuan jodoh aku tp.. selama 3 hari brturut2 aku dapat mimpi tentang dia.. Nk citer detail tak payah la kot. tp keadaan yang menggambarkan camtu la. Tp..

Man: Bila ko istikarah ni..

Sam: Ada la awal tahun dulu.

Man: Eh ye ke.. kau tak gtau dia ke.. kot2 memang Allah nak dekatkan kau ngan dia

Sam: Ntahla, penah jugak luah perasaan kt dia, sbb time tu mmg hati ni terasa berat sangat.. walaupun kitorang pun jarang berjumpa. Tp, tak sampai nak citer pun pasal bende nih. takut dia pulak terseksa. Kadang2 kalau berjumpa pun tegang jer rasa.

Man: Nape lak..

Sam: Aku rasa lain macam depan dia. kadang2 hati ni pun tak kuat iman dan kurang faham apa tindakan yg prlu aku buat.

Man: ha…. sepatutnya tak payah cerita. pendam dan cuba lupakan dia.. cuma kalau dah dpt petunjuk tu.. aku pun tak berapa jelas apa sebenarnya. Tapi, dia ok ker?

Sam: Ok ke tak aku pun tak paham. Ni yang aku nak cakap ni.. walaupun petunjuk tu dapat, tp dia macam tak pernah nak kisah ttg aku pun. Bukan nk mengharap couple tapi seolah2 aku memperbodohkan dri sendiri  sebab dia tak kesahkan aku pun. Dia pun agaknya ingat aku bukan lelaki yang cukup baik untuk dia.

Man: Oo.. kalau perempuan baik memang la susah sikit. Dia nak jaga hati dia drpd benda2 gini. Biasalah kalau muslimah ni mesti yang tegas sikit pasal perkara gini. Ko pun bukannya kacau diakan.

Sam: Yela agaknya, memangla aku pun faham perasaan dia taknak diganggu. study lagi.  Dan aku pun takdela nak berlebih-lebih.

Man: So, sekarang ok ke tak ko ni.. kalu tak bahaya jugak kt hati.

Sam: Ok la kot sekarang.. tapi memang terkesan jugak kat hati. Lama2 aku pun nak putus asa jugak dengan semua yang berlaku ni. Apa pun sekarang aku berserah jela pada takdir.

Man: Aa.. tu sebetulnya, kalau nak pinang dia sama jer macam takde ikatan apa2. Baik kau terus relax jer macam takde pe2. Yang selebihnya serahkan pada yang berkuasa untuk menentukan baik dan buruk ketetapan. InsyaAllah kalau betul dia la orgnya.. Allah takkan mnjauhkan kau daripada dia.  Jangan menanti sebab penantian tu satu penyeksaan.. tawakal dan sabar. Tak payah brtindak apa2 lagi.. Cukup yang lepas-lepas.

Sam: Betul tuh.. mungkin ni pun satu ujian Allah utk aku macammana aku hadapi benda2 gini. aku pun taknak mencari sesiapa lagi, cukuplah yang sorang ni.

Man: Adapun mungkin Allah nak mengilhamkn sesuatu yang kita sendiri tak tau. Apa2 pun jangan lupa berdoa padaNya selalu. Hubungan ngan Allah tu lagi utama.

Sam: Ye..Ye.. terima kasihla.. InsyaAllah panjang umur murah rezki.

(Sabar tu kan separuh daripada iman… tawakkal saja pada Allah kerana Dia  maha mengetahui…)

dipetik drpd…..bernama