Malu Bertanya Sesat Jalan

Anda suka bertanya? Kalau anda tak tahu sesuatu anda akan bertanya atau anda lebih suka diam saja? Kalau di Jepun ini, kalau saya buntu mencari tempat yang saya nak pergi, saya akan berhenti berfikir dan terus bertanya kepada orang Jepun yang dilihat berkelapangan. Bercerita tentang bertanya ini, saya teringat kepada satu cerita yang sering diceritakan kepada saya dan rakan-rakan seusai solat Maghrib di musalla sekolah. Ada satu kisah dua orang lelaki berlainan agama sedang berdebat. Lelaki Islam : Al-Quran ini lengkap, semua ada dalam al-Quran. Lelaki bukan Islam : Semua ada? Lelaki Islam : Ya, semua ada. ( dia menjawab dengan yakin) Lelaki bukan Islam : maknanya cara nak buat roti canai pun ada la? cuba tunjuk sikit ayat mana yang tunjuk cara nak buat roti canai? ( lelaki ini mencabar lelaki Islam tersebut) Lantas lelaki Islam itu membuka satu ayat di dalam surah An-Nahl ; ” Dan Kami tidak mengutus sebelum engkau (Muhammad), melainkan orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” [ An-Nahl 16:43] Lelaki Islam : Tadi awak nak tahu pasal cara buat roti canai kan? nanti boleh la tanya kepada orang yang tahu.( sambil tersenyum) Lelaki bukan Islam:…….. Pepatah pernah berkata; ” Malu bertanya sesat jalan “ Anda percaya dengan pepatah ini? Saya pernah mengalami kesukaran selepas saya malu nak bertanya pada orang lain. Sebenarnya sikap malas atau malu nak bertanya ini akan merugikan diri kita sendiri. Kalau kita tidak tahu bagaimana nak menjawab soalan Matematik Tambahan dan malas bertanya pada guru, mungkin kita akan mengalami kesukaran apabila soalan yang sama keluar dalam peperiksaan penting. Namun, yang lebih merugikan apabila kita malu bertanya tentang Islam. Lahir kita dalam keadaan Islam memberi sedikit kelebihan kepada kita dari segi cara hidup. Membesar dalam keadaan melihat orang sekeliling kita solat, berpuasa membuatkan kita menjadi orang yang menerima Islam itu sahaja bukan orang yang menerima sambil mencari Islam itu sendiri. Sebenarnya masih banyak lagi yang belum kita ketahui tentang Islam ini. Tidak cukup dengan solat, puasa, bayar zakat semata. Perihal solat jamak, perihal pembahagian harta, semua ini sudah digariskan dalam Islam. Jadi untuk menjalani kehidupan yang baik, dimana semuanya mengikut garis panduan Islam, kita kena menjadi orang yang bersemangat menuntut ilmu. Kadang kala sikap malau dan malas bertanya tentang perihal Islam ini menjadikan kita orang yang ambil mudah dengan semua perkara dan menjadikan kita orang yang mencipta hujah sendiri untuk menyokong tindakan kita yang tidak selari dengan al-Quran. Jadilah orang yang bijak. Orang yang apabila tidak tahu dia bertanya, apabila tahu dia mengajarkannya kepada orang lain. Jadilah orang yang suka kepada ilmu, walaupun kadang kala kita rasa kita sudah tahu banyak perkara, apa salahnya jika kita dapat tahu tentang perkara yang sama. Mungkin cara kita dapat itu berbeza dan mungkin terdapat ibrah yang berbeza yang dapat kita fikirkan. Setidak-tidaknya ia membuat kita refresh balik iman dan pengetahuan kita tentang Islam.

from azzariyat.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: